Kilang Kopi Fajar Menyinsing
Kilang Kopi Osman Ahmad merupakan sebuah syarikat bumiputera yang mengeluarkan serbuk kopi berjenama Fajar Menyinsing. Serbuk Kopi Fajar Menyinsing ini telah wujud di pasaran sejak tahun 1946. Sekitar tahun 1964 kopi Fajar Menyinsing beroperasi lebih aktif apabila sebuah kilang kopi ditubuhkan di alamat 2058 Jalan Besar, 14300 Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Pada awal penubuhannya, kopi Fajar Menyinsing dikenali sebagai kopi Malaya yang diasaskan oleh Tn. Hj. Osman bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Kopi Osman Ahmad.
Tanggal 29 Oktober 2010, Perniagaan Fajar Menyinsing telah ditubuhkan untuk meneruskan pengeluaran serbuk kopi Fajar Menyinsing dan mengeluarkan produk terbaru iaitu kopi pracampuran segera bagi memenuhi permintaan masa kini.